Sumbangan untuk membeli lot tanah dan membina kelas

 

Demi untuk memberi keselesaan kepada para pelajar dalam menimba ilmu, sebuah kelas 2 tingkat yang mempunyai 8 bilik kelas sedang dalam pembinaan.

Kelas ini dibuat diatas sebidang tanah seluas 418m persegi yang berada di dalam kawasan BBWM.

IMG-20160308-WA0038

Pihak pengurusan PKBBWM sangat berbesar hati dan sangat mengalu-alukan jasa baik Tuan/Puan untuk sama-sama menyumbang bagi merealisasikan hasrat kami untuk menyediakan tempat pendidikan anak-anak bangsa dan agama.

Semoga usaha ini, Allah meredhai dan dikira saham akhirat kita bersama.

Angggaran Kos Perbelanjaan

  1. Harga yang di tawarkan oleh Tuan tanah ialah RM 135,000.00 (seratus tiga puluh lima ribu sahaja), maka PKBBWM bercadang untuk sewa beli tapak tanah ;-
    Deposit : RM22,000
    Ansuran bulanan : RM7,000 x 16 bulan
  2. Harga untuk membina 8 buah kelas bertingkat, 6 buah tandas berharga
    RM 189,000.00 (Seratus lapan puluh Sembilan ribu )
  3. Peralatan dalam kelas.

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun
BAITUL BAROKAH WAL MAHABBAH
No. Akaun MAYBANK :5628-3461-4558

Pihak PKBBWM mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan keperihatinan Tuan/Puan Sekian, terima kasih.

 

20160326_171451

Tapak Kelas yang sedang dibangunkan.

Posted in Sumbangan | Leave a comment

Alhamdulillah, Terima kasih pada yang menyumbang

 

Terima kasih Tuhan, terima kasih pada para penyumbang yang telah membantu mendapatkan deposit untuk mengeluarkan sebuah van untuk kegunaan anak anak di sini. Moga Allah membalas segala jasa baik Tuan/puan, dimurahkan rezeki dan diberkati umur.

Terima kasih sekali lagi.

20160318_154509

Posted in Senarai Penderma | Leave a comment

Sumbangan untuk Tabung kenderaan untuk Rumah Amal Baitul Barokah

Salam Sejahtera,

Dalam usaha memberikan khidmat terbaik, pihak BaitulBarokah sedang mengusahakan Dana Kenderaan untuk membeli sebuah kenderaan untuk aktiviti dan kegunaaan Rumah Amal Baitul Barokah.

Antara cadangan kenderaan, ialah sebuah van yang boleh memuatkan 15 penumpang. Transcomtranscom-internal

Harga van ini sekitar RM100,000. Deposit diperlukan RM 20k

Pihak Baitul Barokah mengalu-alukan pihak syarikat, badan-badan korporat, kelab, NGO dan individu untuk sama-sama mengambil bahagian dalam urusan penyediaan dana untuk pembelian kenderaan ini.

Moga-moga ‘saham’ tuan/puan mendapat balasan istimewa dari Allah SWT.

Sebarang sumbangan dan pertanyaan, boleh berhubung dengan pengelola;

Tel : 010-530-7313
Email : baitulbarokah@gmail.com

 

PENTING : jika anda membuat sumbangan secara online, sila SMS; Nama Anda + Jumlah + Tabung VAN ke 010-5307313 ATAU masukkan Email : baitulbarokah@gmail.com


BAITUL BAROKAH WAL MAHABBAH
No. Akaun:5628-3461-4558

Terima Kasih

 P/s: Kita pasti ingin saham akhirat… ada cara mudah, cuma klik FB Share di Wall FB anda. Mudah sekali. Moga-moga Allah pandang walau sedikit usaha kita.


Posted in Berita Terkini | Tagged , , , , , , , , | Leave a comment

Terima Kasih kepada Semua

surau-baitulbarokahTerima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan menjayakan pembinaan surau Baitul Barokah. Surau ini telah mula beroperasi pada bulan ramadhan yang lalu, dimana para penghuni dapat beribadah dengan selesa disurau yang baru.

Moga Allah membalas segala jasa baik dan pengorbanan tuan/puan dengan keselamatan di dunia dan akhirat..

Posted in Senarai Penderma | Leave a comment